August 21, 2017

ZAKAT SAHAM(Part 1)

JOM KELUARKAN ZAKAT SAHAM!!!

Menunaikan zakat terdapat di dalam rukun Islam. Sesiapa yang mengingkari walau satu ayat Allah maka keluarlah dia dari Islam. Maka zakat wajib ditunaikan oleh orang Islam. Haa, pengetua nak berkongsi tentang zakat saham. Eh, ada ke zakat saham? Ada…ok, jom baca perkongsian dibawah.

 

 Pengertian zakat.

Menurut Bahasa: BERSIH, SUCI, BERKEMBANG, SUBUR DAN BERKAT

Menurut Syarak: mengeluarkan sebahagian harta tertentu, diberikan kepada golongan tertentu (golongan asnaf) setelah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.

 

 Antara dalil-dalil wajib zakat

Al-Quran

Firman Allah SWT yang bermaksud:

  1. “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.”Surah At-Taubah (ayat 103)

  1. “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”Surah An-Nur (ayat 56)

  1. “Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.”Surah Al-Baqarah (ayat 83)

 

 

Tahukah pelabur-pelabur Islam sekalian, terlalu banyak hikmah yang kita bakal perolehi jika kit mengeluarkan zakat. Antaranya adalah:

  1. Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.

  2. Membersihkan diri pembayar zakat.

  3. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.

  4. Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.

  5. Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.

  6. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.

  7. Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.

  8. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.

  9. Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.

  10. Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

 

 Banyakkan, jadi pengetua nak menyeru semua pelabur-pelabur beragama Islam untuk melaksanakan zakat yang terlalu bermakna hikmahnya ini. Ok sebelum bayar, jom kita cek syarat-syarat umum wajib zakat.

 

Syarat umum wajib zakat

  1. Islam

  2. Merdeka

  3. Sempurna milik

  4. Harta dari sumber yang baik

  5. Cukup nisab:-nisab ialah kadar minimum pemilikan sesuatu harta yang mewajibkan zakat ke atas harta itu.

  6. Cukup haul:-tempoh setahun (12 bulan) qomariah pemilikan kekal harta zakat oleh seseorang selain dari harta zakat biji-bijian, buah-buahan, galian dan harta karun.

  7. Harta yang berkembang

 

Cukup dulu perkongsian pengetua untuk bab zakat part 1 ni. Nanti pengetua sambung lagiii…panjang kalau nak share. Tapi kita hadam yang ni dahulu. Harap perkongsian pengetua kali ni dapat memberi manfaat daan ilmu buat pelabur Islam di Malaysia.

Janganlah simpan sensorang ilmu ni…Bantu pegetua untuk share perkongsian ni wall FB tuan puan. Klik button share yer!!! Jumpa lagi untuk bab zakat part 2.

Salam profit yang berkat 🙂

Uncategorized , , , , , , , , ,
About SEKOLAH SAHAM

One Comment
  1. […] tengah rajin ni… Kali ni pengetua nak sambung tentang sharing pengetua yang lepas. Ingat tak Zakat Saham? Kali ni sambungannya pula…share laa sebab benda ni bermanfaat […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sidebar Test