August 28, 2017

ZAKAT SAHAM (PART 3)

JOM KELUARKAN ZAKAT SAHAM!!!

Hai Assalamualaikum penjihad ekonomi Islam Bursa Malaysia!!! Apa khabar…bagaimana trading hari ini? Ada untung tak? Kalau profit jangan lupa ucapkan Alhamdulillah, syukur atas rezeki.

Dah profit tu boleh lah zakatkan ¼ daripada keuntungan tu. Tapi tahu tak caranya nak kira zakat saham ni???

Haaa…bagi yang tak tahu tu, hari ni pengetua akan menerangkan cara pengiraan zakat. Sumber contoh pengiraan zakat saham ni pengetua ambil dari Lembaga Zakat Selangor dan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP).

Sebab utama pengetua ambil contoh dari Lembaga Zakat Selangor dan PPZ MAIWP supaya tak nak lah bagi contoh yang tak berasas. So, pengetua tolong sharekan di sini. Harap-harap ia membantu.

Bila dah baca dan fahamkan tu jangan lupa share pulak tau! Mana tahu masa akan datang nanti nak rujuk balik. Jom temgok bagaimana cara kiraan zakat saham.

 

Berikut pula ialah cara pengiraan zakat yang dituujukkan oleh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP).

 

1. Saham Yang Disimpan Selepas Setahun

Saham yang disimpan selepas setahun akan dikira mengikut harga terendah saham dalam tempoh setahun didarabkan dengan jumlah unit saham yang dimiliki, sebagai contoh:

Zakat Saham
= Nilai Saham (dalam harga terendah) x 2.5%
= RM 55,000 x 2.5%
RM 1,375

 

2. Saham Yang Dijual Beli Sepanjang Tahun

Bagi saham-saham yang dijual beli sepanjang tahun, maka dikira 2.5% atas jumlah keuntungan saham setelah ditolak modal permulaannya

Zakat Saham
= Jumlah Keuntungan x 2.5%
= RM 20,000 x 2.5%
RM 500

 

Fuuhhh…begitulah cara mengira zakat. Jika anda rasa ragu-ragu untuk mengira zakat saham, jangan risau. Lembaga Zakat Selangor telah memudahkan pelabur Islam untuk mengira zakat saham dengan menyediakan kalkulator zakat saham (klik SINI). Canggihkan sekarang. Hujung jari jer…Alhamdulillah.

Jadi, pelabur tak perlu risau lagi bagaimana untuk mengira zakat saham ini. Hanya ‘key in’,kira dan bayar.

Jumlah harta yang wajib dizakatkan dalam Islam hanyalah satu per empat dari jumlah harta atau 2.5% sahaja. Nisbah ini amatlah sedikit sebenarnya akan tetapi nilainya amat besar disisi Allah SWT jika dilakukan dengan ikhlas.

Mudah-mudahan rezeki kita berkat dan terus berkembang lagi. Semoga kita sama-sama menjadi pelabur saham yang independent tapi tak lupa tunaikan zakat. Penting untuk kita sebagai penjihad ekonomi Islam Bursa Malaysia.

Alhamdulillah, tamat dah bab zakat yang pengetua nak share. Semoga ilmu ini membantu pelabur-pelabur Islam diluar sana. Pengetua taklah mahir sangat bab ni, tapi pengetua berkongsi apa yang pengetua tahu melalui pembacaan dan cuba memudahkan untuk lebih faham.

Kalau nak tahu bab forecasting saham naik turun, insyaAllah yang tu pengetua pakar. Waaah…angkat bakul sendiri pula. Hihihi…taklah pakar sangat, tapi boleh lah. Tak percaya? Tanya alumni SIST, tak pun jom tengok proven success di Sekolah Saham Malaysia (klik SINI). Saja la nak bagi tau…hihihi. Jumpa lagi dalam sharing seterusnya. Tapi topikyang berbeza.

Salam profit yang berkat dari pengetua.

Uncategorized , , , , ,
About SEKOLAH SAHAM

One Comment
  1. 1/4 tu 25% tuan pengetua.. dah macam rate income tax.

    yg sebetulnya 1/40

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sidebar Test