August 24, 2017

ZAKAT SAHAM (Part 2)

JOM KELUARKAN ZAKAT SAHAM!!!

Hai dan Assalamualaikum pelabur saham Islam di Malaysia. Apa khabar! Pengetua tengah rajin ni… Kali ni pengetua nak sambung tentang sharing pengetua yang lepas. Ingat tak Zakat Saham? Kali ni sambungannya pula…share laa sebab benda ni bermanfaat tau.

Pada part 1 telah menjelaskan dalil-dalil zakat, syarat wajib zakat dan hikmah-hikmah zakat secara umum. Pada bahagian kedua ini pengetua akan share secara khusus berkenaan zakat saham.

 

Dalil dan hujah zakat saham.

Bab ni pengetua takde nak ubah-ubah. Sebab ni yang dah termaktub dalam Al-Quran dan Hadis. Kalau ada silap mana-mana, pengetua menyusun sepuluh jari memohon maaf. Pengetua juga manusia biasa yang tak lepas melakukan kesilapan. Kalau ada silap sama-samalah betulkannya ye. Ok, jom kita hadam dalil dan hujah zakat saham.

Al-Quran

  • “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (zakat) sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu” Al-Baqarah (267)

Hadis

  • Hadis Rasulullah daripada Samrah katanya: “Adalah Rasulullah S.A.W menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada barang- barang yang disediakan untuk jual beli.”Riwayat Abu Daud

Dalil athar

  • Daripada Abi Amru Ibnu Hammas daripada bapanya, dia berkata: “Dia menjual kulit dan bekas panah daripada kulit. Kemudian Umar Ibn Khattab singgah padaku. Dia bertanya: “Adakah engkau keluarkan sadaqah (zakat) hartamu?” Aku menjawab: ‘Aku menjawab: Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya ia adalah kulit.” Umar berkata: “ Taksirlah kemudian keluarkan sadaqahnya.”

 

Ok, jom tengok definisi saham dari sudut bahasa dan istilah pula.

Menurut Bahasa: perkataan saham berasal dari Bahasa Arab yang membawa maksud bahagian yang dimiliki.

Menurut Istilah:

  • Kamus Dewan: Bahagian dalam modal sesuatu perniagaan

  • Kamus Ekonomi: Modal sah syarikat yang dicarumkan oleh pemilik

Kesimpulannya saham ialah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Pemilik saham pula merupakan pemilik syarikat yang berkongsi keuntungan dan kerugian sesebuah syarikat.

 

 

 Dibawah pula pengetua share syarat-syarat wajib untuk zakat saham. kalau ada yang dah memenuhi syarat yang dinyatakan, jangan lupa ye laksanakan zakat saham ni. Syarat-syarat wajib zakat saham ialah:

  1. Islam

  2. Sempurna milik – mempunyai kuasa menjual dan memperoleh manfaat daripada portfolio saham atau pelaburan.

  3. Milik pihak tertentu – saham atau pelaburan yang dimiliki masjid, surau, dan-dana untuk maslahah am dan seumpamanya, tidak wajib zakat.

  4. Cukup nisab – Nisab portfolio pelaburan ialah nilaian yang sama dengan atau 85 gram emas (20 mithqal). Apabila nilai portfolio pelaburan bersamaan atau melebihi nisab maka ianya diwajibkan zakat.

  5. Cukup haul – Haul bagi saham dan pelaburan lain hendaklah genap tempoh satu tahun pemilikan portfolio pelaburan.

  6. Halal – kaunter saham mestilah patuh Syariah.

Alhamdulillah, cukup dulu untuk perkongsian kali ni. Ada lagi sebenarnya. Tapi nanti pengetua share lagi pada sharing yang akan datang. Ilmu ni penting, pastikan anda share di wall FB anda ye. Klik butang share tau!!! InsyaAllah, pahala balasannya berkongsi ilmu. Tambah-tambah bab zakat saham ni. Jumpa lagi.

Salam profit yang berkat dari pengetua Sekolah Saham SIST.

Uncategorized , , , , , , ,
About SEKOLAH SAHAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sidebar Test