BIODATA PENGETUA

Tuan Mohd Saiful Azuan Ramli dan Puan Nuraziayati Bahori merupakan Pengasas & Pengetua di School of Independent Stock Traders. Mereka adalah Certified Trainer di bawah HRDF, Certified NLP Practitioner di bawah American Board Neurolinguistic Program(ABNLP), Certified NLP in Bussiness, Certified Public Speaker dari Akademi Speaker Malaysia, Certified Technical Analysis dari School of Technical Analysis, dan juga pernah menjadi salah seorang Advisor Perjuang Hartanah dengan menjadikan Saham sebagai Twin Turbo Hartanah. Mereka juga merupakan Stock Market Trainer dari Bussiness Network International(BNI) di Malaysia.

Berpendidikan Diploma, Ijazah dan Master Sains Teknologi Makanan (Kualiti dan Keselamatan) dari UITM tidak menghalang minat mereka berdua untuk mendalami ilmu pelaburan saham dari awal pengajian di Universiti sehingga kini dan menjadi pelabur sepenuh masa hampir 10 tahun. Mereka berdua telah berkongsi pengalaman & membantu orang ramai/alumni dalam masa 5 tahun di seminar & program yang mereka adakan.

Antara yang telah mereka bantu adalah pelajar-pelajar IPTA/IPTS seluruh Malaysia dalam program MAHASISWA CELIK SAHAM™, Persatuan-persatuan Usahawan dari MARA, Kelab Usahawan Selangor (KUSEL), Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) dan juga pemilik-pemilik bisnes dalam Program The CEO Exit Plan™, pekerja-pekerja dari sector Oil & Gas dalam program Backup Plan for Survive Income With Stock Market™, dan juga program-program S.I.S.T untuk orang awam yang ingin belajar ilmu saham dari asas sehingga ke tahap professional dan berkemahiran tinggi dalam program RAHSIA SAHAM S.I.S.T 1.0™,BENGKEL SAHAM S.I.S.T 2.0 & juga MASTERY SAHAM S.I.S.T 3.0.

Visi dan misi mereka adalah untuk melahirkan lebih ramai pelabur-pelabur Saham Bursa Malaysia dari kalangan Bumiputera Islam yang INDEPENDENT & berSKILL TINGGI tanpa bergantung pada 'Buy Call' atau menyerahkan wang mereka kepada orang lain untuk diuruskan. Berpegang teguh pada Rule No.1 SIST "NEVER LISTEN TO THE EXPERT" dan juga mengamalkan konsep MARKET.C & 3 TEKNIK: MMM-MMP-PMA telah banyak membantu alumni mereka menjana pendapatan sampingan atau pendapatan utama mereka hanya di hujung jari dan mampu mengubah hidup dari biasa-biasa kepada luar biasa.

Mereka juga telah menghasilkan module hebat yang terbukti berkesan hasil pengajian mereka selama beberapa tahun dan diberi nama S.I.S.T (SISTEM, ILMU, SOP+STRATEGI,TRADE)& TRADING PLAN R.I.S.K yang di dedahkan dalam program utama mereka MASTERY S.I.S.T 3.0. Selamat datang ke School of Independent Stock Traders dan TAHNIAH kerana anda bakal memiliki Ilmu Turun-temurun yang akan di kongsikan secara telus dari pasangan yang TIDAK PERNAH BEKERJA dari mana-mana sektor dan SUSTAIN dengan pelaburan saham dan juga bisnes.