June 21, 2018

KEPENTINGAN SAHAM (PART 1)

ASSALAMUALAIKUM DAN HAI!!!

Ramai orang cakap saham ni tak penting pun, buat apa nak melabur dalam saham, perlu ke melabur dalam saham??…

 

Mungkin sekarang anda mengatakan saham ini tidak penting tetapi jika anda meceburinya dan melabur dalam saham saya pasti PERSEPSI anda tentang saham dan kepentingannya akan berubah SEKELIP MATA!!

 

Anda tahu kenapa saya mengatakan saham adalah penting?? HAAA!!! JOM saya ceritakan…

 

  1. Untuk anda menjana pendapatan sampingan anda mesti perlu membuat 2 atau 3 kerja dalam masa 1 hari untuk menampung kehidupan dan membayar hutang…fuhhh PENATNYA!!! tak sempat nak berehat dah perlu buat kerja yang lain..Haaa, lain pula ceritanya jika anda melabur dengan saham, anda boleh menjana PENDAPATAN SAMPINGAN tanpa perlu penat yang bestnya lagi DUIT YANG BEKERJA UNTUK ANDA BUKAN ANDA BEKERJA UNTUK DUIT!!

 

  1. Dalam diri anda mesti mempunyai sifat untuk tolong orang yang dalam kesusahan, orang yang kelaparan, orang yang tidak berkemampuan.. Betul??..Sikap itu adalah baik kerana mempunyai keprihatinan terhadap orang yang kesusahan tetapi sayangnya anda tidak mempunyai duit yang lebih kerana duit yang ada hanya cukup-cukup sahaja untuk menampung anda atau keluarga..Insyaallah jika anda melabur dalam saham anda mempunyai duit sampingan untuk membantu orang luar dan info penting yang anda perlu tahu tidak semua saham adalah HARAM!!!! kerana di BURSA MALAYSIA juga terdapat saham yang PATUH SYARIAH yang telah ditapis oleh MAJLIS PENASIHAT SYARIAH SURUHANJAYA SEKURITI.

 

  1. “Bagaimana pula untuk orang berbusiness,tiada ke kepentingan dalam saham ni?!”..OPSSS, siapa kata tiada?? Saham ini juga ada kepentingannya untuk orang berbusiness. Kenapa saya kata ada, cuba anda fikirkan anda berbusiness untuk mendapat keuntungan tetapi anda hanya dapat melalui sumber berbusiness sahaja, tiada dari sumber lain… kalau begitu jika anda muflis TIADA LANGSUNG keuntungan yang anda perolehi, TETAPI jika anda melabur dalam saham anda akan ada dua sumber keuntungan yang pertama anda mendapat keuntungan melalui pelaburan saham dan yang kedua keuntungan ber Jika modal anda tidak mencukupi atau tiada keuntungan melalui business, pelaburan saham dapat dijadikan sebagai BACKUP PLAN anda..

 

  1. Anda pernah terfikir jika anak anda dapat melanjutkan pelajaran ke MENARA GADING tetapi anda tidak dapat membiayainya. Memang betul ada pinjaman disediakan untuk mereka yang ingin menyambung pelajaran tetapi bukankah ianya lebih mudah jika anda melabur dalam saham dan apabila memperolehi keuntungan anda boleh membiayainya sendiri pendidikan anak-anak anda tanpa perlu membuat pinjaman dan tidak perlu membayar hutang…

 

Pentingkan sebenarnya SAHAM dalam kehidupan kita, ini hanya sedikit sahaja tau saya dedahkan..untuk tahu sambungan lebih lagi KEPENTINGAN SAHAM teruskan membaca blog SIST!!!!..tidak rugi juga jika anda membaca kerana anda akan berminat tentang SAHAM..KATA ORANG TAK KENAL MAKA TAK CINTA begitu juga dengan SAHAM!!!!!

 

Uncategorized
About SEKOLAH SAHAM

One Comment
  1. Perkongsian yang bagus!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sidebar Test